Tuesday, 6 December 2011

Prasekolah SJKT Tun Sambanthan

Salam Sejahtera,
Kepada guru-guru prasekolah dan pembaca yang setia, Hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua di mana anda boleh melayari blog kelas prasekolah yang ada di Malaysia ini untuk menambahkan ilmu. Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat membantu anda memahami konsep dan prinsip serta kaedah pelaksanaan kelas prasekolah yang ada di Malaysia...

Prasekolah SJKT Tun Sambanthan
SJKT Tun Sambanthan terletak di Daerah Batang Padang, negeri Perak. Sekolah ini mempunyai 2 kelas prasekolah. Prasekolah ini telah dibuka pada tahun 2006 dimana seramai 25 murid telah mendaftar. Seterusnya kelas kedua telah dibina pada tahun 2007. Kelas Prasekolah yang semua kelengkapannya serba kekurangan terus operasi seperti kelas prasekolah di sekolah biasa. Suasana kelas yang ceria dan kondusif meransang murid prasekolah untuk aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelas yang ceria dan guru yang inovatif telah mewujudkan suasana yang baru bagi sekolah ini.
Aktiviti yang kreatif membawa impak kehadiran murid ke sekolah, dimana kehadiran secara puratanya ke sekolah 80% ke atas setiap bulan. Seperti kebiasaannya kanak-kanak beragama Hindu tidak menguasai bahasa Melayu menyukarkan komunikasi antara guru dan murid terutamanya semasa sesi pengajaran dalam bahasa Melayu. Maka dengan ini guru perlu menyiapkan diri dengan pengusaan bahasa untuk arahan mudah. Cara pengajaran juga diubah mengikut kesesuaian murid. Dimana guru telah mengajar mengeja, membaca dan mengenal huruf dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu mengajar dengan menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Tamil.
Pengajaran dengan menggunakan benda yang dekat dengan mereka, mudah difahami. Apabila mereka sudah mahir ia ditukarkan ke Bahasa Melayu dan menunjukkan peningkatan yang baik dan mudah difahami. Dengan adanya kelas Prasekolah ini menunjukkan perubahan dimana murid tahun satu keluaran Prasekolah lebih baik dari segi pembelajaran,emosi, fizikal, rohani and jasmani serta kebersihan. Jika hendak dibandingkan murid tahun 1 (keluaran prasekolah) dengan tahun 2 (tanpa prasekolah) jelas tahun 1 (2007) lebih baik. Ujian program Kembara Prasekolah dan Junior Kids menjadi kayu ukurnya. Ketersediaan murid untuk ke alam persekolahan Tahun 1 lebih baik jika hendak dibandingkan dengan murid yang tidak melalui kelas Prasekolah.

No comments:

Post a Comment